Assalammualaikum...
Sekian lama tidak usha and jenguk2 pon blog ni..bukan pe..mood tkde...boleh kira macam bawak diri jugak la hari tu..banyak benda nak cerita dengan korang...banyak perkara yang berlaku dalam hidup kami sekeluarga ke belakangan ini...sedih, sayu, risau, runsing semua ade.."kegembiraan" dengan kami buat mase ni sangat jauh..kami tak merasai pon kegembiraan tatkala ini...Semoga dengan semua ujian Allah ni adenye kegembiraan yang akan membuat kan kami lebih bersyukur...
1. 11 June 2012 perginya bonda tercinta ke rahmatullah.
**siapa sangka dan siapa boleh menjangka bila hari terakhir kita..aku sendiri tak menyangka orang yang paling aku sayang dari aku kecil telah pergi selamanya pada hari isnin 11 jun 2012. aku tak sangka minggu tu hari terakhir aku dapat peluk dan cium tangan emak..sangat tidak percaya. tapi aku redha sebab Allah telah memberikan yang terbaik untuk arwah dan kami sekeluarga...petang sabtu sebelum aku keluar pergi pekan, tergerak hati nak tengok emak..emak tengah tido...nampak lena...balik dari pekan aku di beritakan emak dibawa ke hospital kerana tak boleh nak bangun...dalam pukul 7 aku terasa ingin melawat emak ku di hospital dan aku pergi dengan anak buah aku dan meninggalkan suami ku di rumah bersama kakak2 yang tak dapat pergi hospital..masih aku ingat apa yang berlaku time tu..sampai sahaja di ICU aku menjenguk ke dalam dan dapat melihat emak merenung ke luar dan tepat memandang ke arah aku..aku memandang emak dengan harapan tiada apa yang buruk akan berlaku kepada emak. Siapa kita untuk melawan takdir. emak muntah darah dan disahkan mendapat stroke. setelah beberapa minit akhirnya emak pengsan dan doktor sahkan emak koma sebelum di bawa ke hospital Klang. sayu hati ni mendengar keadaan emak...boleh ke seorang emak yang sudah penat melayan karenah anak2 ni melawan penyakit yang datang kepadanya...melihat emak terbaring kaku dengan bantuan pernafasan membuatkan aku tidak berhenti mengalirkan air mata...kesian emak..mesti emak sakit sangat2. emak mesti penat dengan kami semua..emak penat buat kerja..emak penat masak..emak penat kemas rumah...dari hidup sehingga la akhir nyawanya emak telah banyak berkorban dan tidak pernah menyusahkan anak2nya. emak sanggup makan hati demi menjaga hati orang laen. dari kecik memang aku rapat dengan emak..emak sanggup buat segalanya untuk aku...emak hanya boleh bertahan selama sehari sahaja dan akhirnya emak meninggalkan kami semua dengan cinta yang mendalam terhadap dirinya...~~selamat tinggal emak..damailah emak disana...
2. Kandungan kakak kritikal
**Allah telah mengambil emak daripada kami tetapi DIA maha agung dengan menggantikan kami semua dengan kelahiran baru..tapi ketika kami masih bersedih dengan apa yang berlaku, doktor mengesahkan kandungan kakak tidak stabil..denyutan jantung baby tidak stabil..kelajuan denyutan jantung sama seperti arwah emak...teringat mesin jantung emak semasa di ICU..Jantung emak berdenyut laju dan doktor memberitahu emak cube untuk survive. apabila perkara ini berlaku kepada kakak dan baby hanya ALLAH sahaja yang tahu perasaan aku...dekat dunia ni tiada siapa yang boleh paham aku melainkan arwah emak..hanya dia yang tahu ape yang aku fikirkan...takkala orang lain tidak dapat menilai kebaikan diri aku hanya emak yang tahu ape yang hati kecil ini fikirkan..emak sangat memahami aku...itu yang menyebabkan emak begitu istemewa di dalam hati aku.dulu kini dan selamanya.Akhirnya dengan kekuasaan ALLAH, kakak selamat melahirkan ahli baru di dalam keluarga kami~~selamat datang Nurul Khalisya...
3.Kakak bersalin secara operation
**semasa kami menanti kehadiran baru dalam keluarga kami daripada kakak yang juga dijangka melahirkan anak pada penghujung bulan enam, sekali lagi kami sekeluarga di uji. Belum pon hilang rase sedih kehilangan emak tercinta, belum pon puas merasa kegembiraan menyambut Nurul Khalisya, kakak ku yang dari kecilnya sanggup beralah dengan aku..kakak yang paling aku sayang juga di uji. doktor sahkan nadi baby tidak stabil..terlampau lemah dan tidak bagus untuk melahirkan secara normal..terkedu kami menerima berita itu...kami hanya mampu berdoa semoga semuanya akan selamat. alhamdullillah..kakak selamat melahirkan bayi perempuan juga...tapi kami kesian tengok dia..dia nampak begitu sakit selepas operation..kesian dia..kalo arwah emak ada mesti emak dah menjaga dia seperti anak2 dia sebelum ini..emak tak pernah merungut untuk membela anak2 nya ketika dalam pantang. bila emak dah takde, kami betul2 rase kehilangan...kami tetap bersyukur dengan kehadiran baby ini~~selamat datang Nur Irdina Batrisya.
4.Makcik telah pergi menghadap Illahi
**9 Julai 2012, kami sekali lagi dikejutkan dengan berita pemergian makcik sebelah emak. makcik kami telah pergi menghadap illahi pada hari yang sama dengan arwah emak..hari isnin. tidak sampai sebulan kami telah kehilangan 2 ahli keluarga...Kesian adik beradik arwah emak..arwah emak hanya ada 4 orang adik beradik...Walaupun mereka telah mempunyai keluarga sendiri tapi hubungan kami tetap erat dan mesra. kami sayang mereka macam adik beradik kami...tetapi apakan daya..ALLAH lebih sayangkan mereka dan itu yang terbaik untuk mereka..
5. Konflik dalaman
**Emosi yang tidak dapat di kawal kadang kala menjadi punca kepada sesuatu tindakan yang kurang waras. Jika seorang alim ulama juga boleh tersesat jalan dalam kehidupan di dunia ini pula kami yang mempunyai pengetahuan yang cetek dalam agama. Masalah yang berlaku satu demi satu membuat kan aku sedih..seringkali hati ini bertanya kenapa dan kenapa...tidak terdaya rase hati ini menanggung dugaan ini...dalam tempoh sebulan ini cukup berat untuk aku ceritakan apa yang aku rase..terlampau banyak perkara berlaku..sangat banyak.. Bertuah diri ini mempunyai suami dan teman2 yang begitu memahami..terima kasih dengan apa yang kalian kongsikan..aku redha dengan ketentuan MU ya Allah. sesungguhnya apa yang berlaku ini telah memberikan masa aku untuk berfikir tentang kebesaran MU.
Setiap apa yang berlaku pasti ade hikmah di sebaliknya. semoga arwah emak dan arwah makcik di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman..Ya tuhan ku..Engkau ampunkan lah dosa2 arwah emak dan arwah makcik ku..Engkau cucuri lah rahmat ke atas roh roh mereka..semoga mereka tenang di sana. Amin.
Semua yang terjadi adalah tuk menilai dimana tahap kesabaran kita, ketaqwaan kita, kepercayaan kita..Mudahan Ramadhan ini menambahkan lagi keimanan kita InsyaALLAH
ReplyDelete